Friday, August 12, 2011
MENGENAL JENIS KERTAS DIGITAL PHOTO PRINTING
Jenis kertas ini jika kita gunakan untuk mencetak photo akan menghasilkan cetakan dengan sentuhan canvas layaknya sebuah lukisan. Hasil akhir cetakan akan memaparkan photo yang persis dengan kertas canvas.
2. Pemium Glossy Photo Paper
Kertas jenis ini biasa disebut oleh para pengguna dengan sebutan high glossy, kertas jenis ini mampu menghasilkan cetakan dengan kesan yang lebih berkilat.Kertas jenis ini sangat sesuai untuk mengcetak photo dengan resolusi tinggi.Walaupun harga kertas ini lebih mahal tetapi jika kita gunakan, akan menghasilkan cetakan photo yang maksimum dan lebih cerah.
3. Double-Side Paper
Jenis kertas ini mampu digunakan untuk mencetak photo pada kedua sisinya (depan dan belakang). Kualiti photo yang dihasilkan juga cukup bagus, tidak terlalu mengkilap dan cenderung doff. Jenis kertas ini sesuai digunakan untuk mencetak risalah yang biasanya digunakan untuk sarana promosi, sehingga para pengguna dapat melihat dikedua sisinya.
4. Laster Photo Paper
Laster photo paper biasanya digunakan untuk keperluan dokumentari kerana jenis kertas ini sangat awet bahkan boleh bertahan hingga puluhan tahun, tidak mudah pudar, mampu menghasilkan kesan doff, dan sangat sesuai untuk photo dengan resolusi tinggi. Permukaan kertas yang mirip kulit limau adalah ciri khas untuk membezakan dengan jenis kertas lain. Ketahanan hasil cetakan para pengguna puas, mungkin jenis ini boleh menjadi pertimbangan jika kita ingin serius di dunia digital photo printing.
5. Glossy Photo Paper
Kertas ini merupakan jenis standard cetak photo. Dengan jenis kertas yang berkilat dan putih mampu menghasilkan cetakan yang cemerlang. Boleh digunakan untuk photo resolusi tinggi dan harga kertas yang relatif murah (standard cetak photo).
6. Sticker Glossy Photo Paper
Sering kita menjumpai sticker yang memaparkan photo dengan warna dasar kertas putih dan berkilat, jenis ini sangat sesuai untuk keperluan pembuatan sticker serta mampu mencetak photo resolusi tinggi.
7. Inkjet Paper
Kertas ini kurang sesuai untuk keperluan digital photo printing, jenis kerta inkjet ini biasanya digunakan untuk keperluan grafik, seperti mencetak sketsa gambar, proof arsitektur rumah, grafik bar, dan sebagainya. Kualiti kertasnya lebih bagus dari jenis HVS kerana serapan pada tinta lebih bagus dan cepat kering.
8. Sublim Paper
Kertas jenis ini bukan digunakan untuk mencetak photo sebagai pajangan dirumah, didompet atau untuk dibingkaikan tetapi kertas ini digunakan sebagai orang tengah (media perantara) transfer gambar ke t-shirt (kaos). Jadi bila kita ingin sebuah gambar dipindahkannya ke t-shirt (kaos) maka gunakanlah jenis sublim Paper kerana kertas ini mampu memindahkan tinta dengan maksimum ke t-shirt.
Sunday, April 24, 2011
PENSIL DAN TONER
Pensil
Kepekatan penggarisan lintang dapat diperoleh selain jumlah tarikan garis (banyak/padat) juga dapat dengan mengganti jenis pensil (lunak/ hitam)
Toner
Kepekatan penggarisan lintang hanya dapat diperoleh selain dengan jumlah tarikan garis (banyak/padat) karena tinta mempunyai ketebalan warna yang sama.
a. Cara penarikan garis yang konstan di seluruh bidang gambar.
b. Jenis penggarisan lintang: memiliki dari segi kepekatan maupun pola tarikan garis dengan karakter berbeza akan menghasilkan suasana yang berbeza.
PENGGARISAN LINTANG
Cahaya yang mengenai suatu benda atau bangunan dapat digambarkan dengan garis-garis lintang. Kesan tiga dimensi ditunjukkan dari kepekatan tarikan garis serta arahnya.
Jenis penggarisan lintang dapat memberikan suasana yang berbeza. Jenis penggarisan lintang juga dapat mencerminkan wujud aslinya.
TEKNIK PENSIL
Teknik yang membolehkan pelbagai ton warna pensel dihasilkan.
Beberapa jenis pensil dan sifatnya:
Lembut > sederhana lembut > sederhana terang > terang > sangat Terang
6H -------------------- 2H H F HB B 2B 3B 4B 5B 6B pensil yang sangat baik untuk sketsa
Beberapa cara memegang pensil:
Posisi seperti ini kurang baik untuk melukis, hanya sesuai untuk menulis dan membuat detail
Posisi seperti ini sesuai untuk menggambar, dan posisi yang hampir mendatar dengan bidang kertas lebih baik.
Dalam memegang pensil, jarak hujung pensil dan hujung jari sekitar 2 inci (4 cm -5 cm)
Posisi Pensil
Beberapa posisi pensil akan menghasilkan ketebalan garis yang berbeza.
Tekan - tarik pensil
Pensil yang ditekan akan menghasilkan garis yang gelap, sedang pensil yang ditarik akan menghasilkan terang
RALAT ~ (^__^)
Monday, April 18, 2011
SIFAT & JENIS GARISAN
1. lembut
2. kasar
3. berserabut
4. tajam
5. menggerutu
6. licin
7. kesat
8. lurus
9. berduri
10.rapuh
11.tegas
Jenis Garisan
Antara jenis garisan yang sering digunakan dalam lukisan adalah seperti:
1. horizontal
2. vertical
3. diagonal
4. straight/ruled
5. curved
6. bent
7. angular
8. thin
9. thick/wide
10. interrupted (dotted, broken, dashed)
11. blurred/fuzzy
12. controlled
13. freehand
14. parallel
15. hatching
16. spiraling
KUALITI GARISAN
Jelasnya kualiti garisan tidak menggambarkan tenaga gestural yang terhasil dari strok pensel (kekuatan tekanan yang diberi) atau arang atau medium yang lain semasa melukis. Garisan yang dihasilkan melalui lukisan menjadikan kualiti ini sebagai faktor penting dalam menentukan karektor ekspresif kepada imej terutamanya dalam lukisan kontour dan hatching.
Wednesday, February 2, 2011
PENGENALAN TEORI LUKISAN
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.
Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
Jenis-jenis Kertas Lukisan
• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.
Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding
NAK LUKIS POTRET
Melukis potret memerlukan ketelitian. Ibarat macam memandu kereta….satu kelip mata pun boleh berlaku kemalangan!! Tanpa ketelitian, wajah yang hendak dipotretkan pasti tak menjadi. Selain dari bakat yang sedia ada, pelukis potret juga perlu belajar teknik-teknik melukis, melihat kepada karya potret pelukis otai dan latihan yang berterusan. Meminta komen atau pandangan membina dari pelukis-pelukis lain juga akan memberi ilham baru serta sentuhan garis lukisan yang lebih mantap. Saya sendiri banyak belajar dengan melihat hasil karya orang lain dan mencuba sendiri teknik-teknik yang baru.
Melukis potret juga sebenarnya akan mendatangkan kepuasan kepada si pelukis. Apabila hasil karyanya dilihat menjadi dan bermutu…maka itu satu kepuasan. Apatah lagi apabila hasil kerjanya diiktiraf. Melukis potret hitam putih memerlukan kita bermain dengan garisan dan ton agar nampak wajah yang dilukis itu timbul dan hidup. Tanpa permainan garisan dan ton, lukisan potret nampak ‘flat’ dan hambar…tiada ‘finishing’. Oleh itu sangat penting untuk saya dan kita semua memahami ‘garisan’ dan teknik membuat garisan sebelum melukis….
Melukis potret berwarna pula mempunyai 1001 jenis teknik. Selain dari bermain dengan garisan, warna pula mempunyai peranan yang besar dalam memberi dan menentukan ‘mood’ sesebuah potret. Sebenarnya dengan melihat kepada lukisan potret warna pelukis-pelukis lama, banyak yang boleh dipelajari melalui mainan warna-warna mereka. Bukan sahaja warna berfungsi sebagai alat yang mencantikkan sesebuah lukisan tetapi juga sebagai cara untuk menterjemahkan perasaan pelukis.
Selain garisan dan warna….effect tambahan juga kadang-kadang perlu bagi mencantikkan atau mewujudkan kelainan sesebuah lukisan. Lihat la potret di atas…saya menggunakan benang jahitan untuk menghasilkan garisan-garisan halus pada lukisan tersebut. Garis-garis benang itu menjadikan lukisan potret tersebut nampak seperti dilukis diatas tembok batu….walaupun sebenarnya di atas kanvas.
Seperkara lagi yang amat penting ialah pemahaman bentuk ‘figure’ apabila melukis wajah serta tubuh manusia. Tanpa mengetahui peraturan figure manusia, lukisan tentu nampak kaku, keras dan mati. Nak lukis karikatur pun sebenarnya kena faham figure manusia….apatah lagi potret.
p/s : aku sebenarnyer xpandai lukis potret,,,,hi3