Sunday, April 24, 2011

RALAT ~ (^__^)



Salam Sejahtera kepada semua (=

Melukis adalah sesuatu yang menyeronokkan. Di situ kita dapat lihat bagaimana kita dapat mengolah sesuatu objek samaada mendapat bentuk yang kita inginkan atau tidak. Penggunaan pensel dengan ton warna yang tepat akan mencantikkan lukisan itu.


Saya berusaha untuk membolehkan saya dapat melukis dengan baik akan tetapi masih belum dapat menguasainya. Saya boleh melukis tetapi bukan dengan "kualiti",,,hurmm,, ianya amat menyedihkan. Tetapi saya akan tetap berusaha mencapainya. Kehadiran saya sebagai bakal guru pendidikan seni adakalanya satu kekhilafan,, kenapa? Kerana saya bukan pelajar seni semasa tingkatan 4 - 6. Saya ambil subjek pendidikan seni semasa STPM pun kerana tidak dapat meneruskan pengajian bagi subjek Ekonomi. Sebab itulah, saya tidak berkualiti dalam melukis. Berbeza dengan kawan-kawan yang lain kerana mereka mempunyai guru yang mengajar mereka dalam melukis dengan betul. Mereka datang dari sekolah yang mempunyai Subjek Pendidikan Seni tetapi di sekolah saya, subjek berkenaan tidak ada.. (-__-)


hurmm,, boleh melukis tetapi masih tidak berkualiti (=

Insyallah, saya akan pastikan ianya bukan lagi satu masalah bagi saya.


0 orang melukis:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...