Wednesday, February 2, 2011

PENGENALAN TEORI LUKISAN

4 orang melukis
Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan.

Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.

Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah mendapat kesan
Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal

Jenis-jenis Kertas Lukisan
• Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang dan krayon lembut.
• Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi baik untuk digunakan.
• Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen.
• Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
• Lain-lain kertas seperti ‘brown paper’, kertas komputer, kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas suratkhabar.

Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek
(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau di dalam studio

Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

NAK LUKIS POTRET

1 orang melukis

Melukis potret memerlukan ketelitian. Ibarat macam memandu kereta….satu kelip mata pun boleh berlaku kemalangan!! Tanpa ketelitian, wajah yang hendak dipotretkan pasti tak menjadi. Selain dari bakat yang sedia ada, pelukis potret juga perlu belajar teknik-teknik melukis, melihat kepada karya potret pelukis otai dan latihan yang berterusan. Meminta komen atau pandangan membina dari pelukis-pelukis lain juga akan memberi ilham baru serta sentuhan garis lukisan yang lebih mantap. Saya sendiri banyak belajar dengan melihat hasil karya orang lain dan mencuba sendiri teknik-teknik yang baru.

Melukis potret juga sebenarnya akan mendatangkan kepuasan kepada si pelukis. Apabila hasil karyanya dilihat menjadi dan bermutu…maka itu satu kepuasan. Apatah lagi apabila hasil kerjanya diiktiraf. Melukis potret hitam putih memerlukan kita bermain dengan garisan dan ton agar nampak wajah yang dilukis itu timbul dan hidup. Tanpa permainan garisan dan ton, lukisan potret nampak ‘flat’ dan hambar…tiada ‘finishing’. Oleh itu sangat penting untuk saya dan kita semua memahami ‘garisan’ dan teknik membuat garisan sebelum melukis….


Melukis potret berwarna pula mempunyai 1001 jenis teknik. Selain dari bermain dengan garisan, warna pula mempunyai peranan yang besar dalam memberi dan menentukan ‘mood’ sesebuah potret. Sebenarnya dengan melihat kepada lukisan potret warna pelukis-pelukis lama, banyak yang boleh dipelajari melalui mainan warna-warna mereka. Bukan sahaja warna berfungsi sebagai alat yang mencantikkan sesebuah lukisan tetapi juga sebagai cara untuk menterjemahkan perasaan pelukis.

Selain garisan dan warna….effect tambahan juga kadang-kadang perlu bagi mencantikkan atau mewujudkan kelainan sesebuah lukisan. Lihat la potret di atas…saya menggunakan benang jahitan untuk menghasilkan garisan-garisan halus pada lukisan tersebut. Garis-garis benang itu menjadikan lukisan potret tersebut nampak seperti dilukis diatas tembok batu….walaupun sebenarnya di atas kanvas.

Seperkara lagi yang amat penting ialah pemahaman bentuk ‘figure’ apabila melukis wajah serta tubuh manusia. Tanpa mengetahui peraturan figure manusia, lukisan tentu nampak kaku, keras dan mati. Nak lukis karikatur pun sebenarnya kena faham figure manusia….apatah lagi potret.


p/s : aku sebenarnyer xpandai lukis potret,,,,hi3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...